Lewati ke konten utama
Beranda / Hasil pencarian

Hasil pencarian

Jelajahi seluruh publikasi yang tersedia.

22 hasil
DaftarKartu
BookOpen AccessMetadata saja

Visual Pelangi Sejarah Tingkatan 4

2021•Koleksi Perpustakaan

Siri Visual Pelangi KBSM diterbitkan khas untuk memudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Persembahan teks dalam bentuk rajah, carta, jadual, dan gambar foto yang menarik dapat mencungkil minat murid untuk belajar di samping merangsang kreativiti mereka. Susunan teks yang lengkap dan sistematik berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang terbaharu membolehkan murid menguasai mata pelajaran dengan mudah. Soalan yang pelbagai pula dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif.

1 dilihat · 0 unduhanSitasiDetail
BookOpen AccessMetadata saja

Pendekatan Kontrasif dan Komparatif Bahasa-bahasa di Malaysia (Penerbit USM)

2017•Koleksi Perpustakaan

Analisis kontrastif dan komparatif ialah dua kaedah dalam bidang linguistik yang melibatkan perbandingan unsur linguistik antara dua bahasa atau lebih. Secara asas, kontrastif dan komparatif ialah aktiviti mencari persamaan dan perbezaan antara dialek atau bahasa. Namun demikian, kedua-dua istilah ini boleh membawa maksud yang berbeza. Kontrastif melibatkan perbandingan bahasa-bahasa yang berbeza yang bukannya tergolong dalam keluarga bahasa yang sama. Komparatif pula melibatkan perbandingan bahasa daripada keluarga bahasa yang sama dan dialek daripada satu bahasa yang sama. Bab-bab dalam buku ini berfokus pada perbandingan dalam bentuk kontrastif dan komparatif. Dalam hal ini, kedua-dua kaedah ini berfokus pada aspek teori dan penerapan. Dari segi teoretis, buku ini menerangkan kerangka teori perbandingan atau peranti kontrastif dan komparatif yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan linguistik. Dari segi penerapan pula, kaedah kontrastif dan komparatif digunakan untuk menganalisis bahasa dan dialek Melayu dalam kerangka perbandingannya dengan bahasa atau dialek lain.

1 dilihat · 0 unduhanSitasiDetail